Monday 23 July 2012

Aktiviti Awal Sains Untuk Kanak-kanak


SENARAI AKTIVITI AWAL SAINS – BERTEMA

TEMA
AKTIVITI
DIRI SAYA
  • Membuat cop ibu jari
  • Cuba teka bunyi apa itu?
  • Rasa
  • Sentuh
  • Hidu bau - wangi dan busuk
  • Fakta tubuh – organ dalam badan 
BENTUK DAN WARNA
Eksperimen:
  • Mencampur warna






TUMBUH - TUMBUHAN
Eksperimen dan pemerhatian
  • Pelbagai cara tumbuhan hidup:
      1. batang – tebu
      2. biji benih
      3. daun
      4. bawang / ubi
  • Perbandingan pelbagai jenis daun
  • Aktiviti luar kelas:
      1. melihat cendawan
      2. memerhati dan mengenal pokok hiasan dan buah – buahan
      3. menanam sayur kangkung
  • Mewarna lukisan daripada pewarna tumbuhan
  1. warna kunyit
  2. warna pandan
  3. cop daripada paku pakis
MAKANAN
Memasak
  • Membuat pancake / salad buah
  • Membakar roti
  • Jus buah – buahan
BUNGA – BUNGAAN
  • Pengelasan dan perbandingan
    1. Bunga mengikut saiz, warna
  • Lawatan:
a.    Melawat nursery bunga
KENDERAAN
  • Pemerhatian / perbincangan
    1. Bagaimana kenderaan bergerak
    2. Jenis kenderaan di bengkel kenderaan
RUMAH
  • Mengenal bahan untuk bina rumah
  • Mengelaskan alatan rumah mengikut ruang
HAIWAN
  • Lawatan:
    1. Lawatan ke ladang ternakan
    2. Hospital veterinary
  • Pemerhatian:
a.    Habitat cacing / semut
b.    Kitaran hidup haiwan
  • Aktiviti luar kelas (jangka panjang)
a.    Memelihara arnab / kura – kura / ikan
AIR
Eksperimen:
  • Tenggelam timbul
  • Bahan larut dan tidak larut
Mengenal ciri air:
  • Cair, beku dan wap
UDARA
  • Bermain belon
  • Buat payung terjun
MAGNET
Bahan mana yang melekat
SIANG DAN MALAM
Aktiviti luar kelas:
  • Melihat bayang – bayang diri
  • Eksperimen pelangi
  • Eksperimen siang dan malam guna glob
ELEKTRIK
  • Bermain lampu picit
  • Eksperimen mentol dan bateri
BAHAN
Eksperimen bahan karat
  • Pemerhatian bahan mengembang
    1. Gelang getah
    2. Kain
    3. Tisu
    4. Plastik
  • Bahan menyerap
CAHAYA
Pembiasan cahaya























CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI AWAL SAINS

Tema: Diri Saya
Tajuk: Jantung Saya
Hasil Pelajaran:
1.       Membuat perbandingan dan membezakan hasil pemerhatian.
2.       Menerangkn pemerhatian yang dilakukan
Bahan: Stetoskop (jika ada)

 







Tema: Udara
Tajuk : Mari main buih sabun
Hasil Pembelajaran:
1.    membuat perbandingan dan membezakan hasil perbandingan
2.    membuat ramalan apa yang akan berlaku selepas memerhati hasil percubaan
3.    menerangkan pemerhatian yang dilakukan
Bahan: baldi, sabun yang sudah dibancuh dengan minyak, straw, cawan plastic


 













Prosedur:
  1. Terangkan cara membuat buih sabun dan bermain buih sabun
  2. terangkan aspek keselamatan semasa bermain buih sabun:
    • Air sabun tidak boleh disedut
    • Pastikan air tidak tumpah ke atas lantai bagi mengelakkan lantai licin
  3. Bersoal jawab mengenai buih sabun:
    • Apa yang terjadi pada buih sabun
    • Bagaimana buih terjadi
    • Apa yang terjadi pada buih sabun selepas beberapa ketika
Tema: Serangga
Tajuk: Kitaran hidup Rama – rama
Hasil Pembelajaran:
  1. Memerhati dan merekodkan pemerhatian
  2. Membuat perbandingan dan membezakan hasil pemerhatian
  3. menerangkan pemerhatian yang dilakukan
Bahan: Poster kitaran hidup rama – rama
Prosedur:
  1. Murid menyanyikan lagu ’Dari Ulat Jadi Kepompong’ sambil membuat pergerakan ulat, kepompong dan rama – rama.
  2. Guru bercerita tentang rama – rama: warna, makanan, habitat dan kitaran hidup
  3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kitaran hidup rama – rama




















































 

Tuesday 17 July 2012

Amalan Pemakanan Kanak-kanak


Makanan dan Amalan Pemakanan

Pemakanan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud "memberi makan makanan yang berkhasiat atau "memberi makan".

Meliputi pelbagai jenis aspek termasuk sains makanan, pemilihan makanan, kandungan makanan, pemakanan dalam makanan, penggunaan makanan oleh tubuh manusia dan pencernaan makanan. seperti karbohidrat,protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian.




Tujuan menekankan konsep makanan dan pemakanan:
1.1.      Meningkatkan  tahap dan taraf kesihatan kanak-kanak
             Membina kelaziman dan minn  supaya makan makanan berkhasiat
1.3       Tingkatkan proses perkembangan & pertumbuhan positif
1.4       Memelihara adab sopan & peraturan makan
            Berpeluang memperoleh bimbingan ilmu pengetahuan tentang
             pemakanan, vitamin & nilai-nilai positif bagi membina gaya hidup
             sihat
1.5                 Kanak-kanak diterapka rasa bersyukur dengan razeki .
1.6                 Memantapkan daya ketahana kanak-kanak dari segi JERIK.


2.Persidangan  Rumah Putih tentang Makanan, Pemakanan dan Kesihatan (1969) telah menggariskan kerangka Makanan dan Pemakanan bagi kanak-kanak yang di antara lain ;
2.1      Pemakanan adalah merupakan satu proses memakan makanan yang membolehkan kanak-kanak untuk hidup, membesar,  sihat dan cergas, dan mempunyai tenaga yang secukupnya bagi bermain dan menjalankan aktiviti kehidupan.

2.2      Makanan yang dimakan bertindakbalas dan bahan kimia yang terdapat di dalam tubuh badan bagi memenuhi keperluan tubuh badan

2.3       Setiap makanan mempunyai fungsi  yang khusus bagi tubuh badan

2.4.      Kebanyakan zat yg diperlukan oleh tubuh badan terdapat pd makanan.
2.5.      Pemakanan seimbang didapati melalui kepelbagaian makanan .
             Makanan sahaja tidak dapat  membantu perkembangan dan
             pertumbuhan tubuh badan
2.7.      Makanan mempunyai pertalian rapat dengan kebudayaan, ekonomi
              dan psikologi kehidupan masyarakat setempat.
2.6                 Semua manusia memerlukan makanan yang sama tetapi berbeda dari segi kuantiti.
2.7    Pengendalian makanan penting dalam menentukan keselamatan, rasa, kos dan persembahan.
(John Brewer,1995)


3.Jenis makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak:

3.1         .Kabohidrat bertujuan bekalkan
tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan dan melakukan aktiviti.
Kanak-kanak perlu kabohidrat kerana makanan ini perlu membekalkan tenaga bagi mereka yang suka bergerak, aktif dan bersenam.Di antara sumber makanan ialah nasi, roti, ubu kayu, keledek, kentang dan mihun.

3.2         .Lemak bertujuan membekalkan
tenaga kepada kanak-kanak. Minyak sayur-sayuran , mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan dan minya kelapa sawit membekalkan lemak kepada kanak-kanak.

3.3         .Protein pula berfungsi membina
otot-otot tubuh badan . Protein boleh didapati dari haiwan atau tumbuhan.  Di antara makanan yang mempunyai sumber protein termasuklah ikan bilis, telur, susu, daging dan ikan.

3.4         .Vitamin A boleh didapati dari
makanan seperti tomato, lobak, minyak limpa ikan, sayur-sayuran berdaun hijau dan sebagainya . Penting untuk kesihaatan mata dapat menggelakan penyakit rabun ayam.

3.5         .Vitamin B boleh didapati
drp susu, telur, bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar . Penting untuk membina sel-sel darah supaya kulit sentiasa segar dan cantik. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit beri-beri dan pelagra.

3.6         .Vitamin C boleh didapati daripada jambu batu, betik, limau , oren dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin C perlu untuk kesihatan kulit dan kekurangannya menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarah.

3.7         Vitamin D boleh membantu kanak-kanak dari segi pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Di antara makanannya termasuklah ikan , minyak limpa, susu, telur dan mentega. Kekurangannya boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan perut serta menjadi lemah .

3.8         Vitamin E pula boleh didapati daripada gandum, kekacang, sayuran berdaun, bijiran dan hati haiwan.Vitamin E penting supaya otot-otot boleh berfungsi dengan berkesan  selain menjadikan bulu dan rambut menjadi hitam dan berseri.

3.9         Vitamin K pula boleh didapati dari daripada sayur-sayuran berdaun hijau, telur, kaca soya, minyak soya, minyak limpa ikan dan bunga kubis. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan darah sukar membeku apabila luka atau kemalangan.

3.10      Garam Mineral juga perlu kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Di antaranya termasuklah:

·         Kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan gigi supaya kuat dan sihat. Susu, ikan bilis, ketam dan kulit udang  dapat membekalkan kalsium kepada tubuh badan.
·         Fosforus pula boleh didapati daripada kismis, telur, ikan, kuaci dan daging.
·         Kalium pula membolehkan otot kanak-kanak berfungsi disamping membantu pertumbuhan saraf..
·         Kalium boleh didapati dari buah-buahan seperti belimbing, pisang, oren dan sayur-sayuran berdaun.
·         Natrium pula penting bagi membantu pengawalan imbangan cecair di dalam badan. Di antara makanan yang boleh memberikan rasa masin ini ialah kicap, makanan berjeruk semulajadi, garam dan perasa.
·         Besi pula penting di dalam pembentukan hemoglobin yang memproses oksigen di dalam darah. Makanan seperti telur, kismis, daging ayam , hati, ikan dan kacang tanah kaya dengan sumber besi.

·         Iodan pula penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang normal disamping mengekalkan rambut, kuku dan gigi sihat dan kuat