Makanan dan
Amalan Pemakanan
Pemakanan berasal daripada perkataan Latin
yang bermaksud "memberi makan makanan yang berkhasiat atau "memberi
makan".
Meliputi pelbagai jenis aspek termasuk sains
makanan, pemilihan makanan, kandungan makanan, pemakanan dalam makanan,
penggunaan makanan oleh tubuh manusia dan pencernaan makanan. seperti
karbohidrat,protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian.
Tujuan menekankan konsep makanan dan
pemakanan:
1.1. Meningkatkan tahap dan taraf kesihatan kanak-kanak
Membina kelaziman dan minn supaya makan makanan berkhasiat
1.3 Tingkatkan
proses perkembangan & pertumbuhan positif
1.4 Memelihara
adab sopan & peraturan makan
Berpeluang memperoleh bimbingan ilmu pengetahuan tentang
pemakanan, vitamin & nilai-nilai positif bagi membina gaya hidup
sihat
1.5
Kanak-kanak
diterapka rasa bersyukur dengan razeki .
1.6
Memantapkan
daya ketahana kanak-kanak dari segi JERIK.
2.Persidangan
Rumah Putih tentang Makanan, Pemakanan dan Kesihatan (1969) telah
menggariskan kerangka Makanan dan Pemakanan bagi kanak-kanak yang di antara
lain ;
2.1 Pemakanan
adalah merupakan satu proses memakan makanan yang membolehkan kanak-kanak untuk
hidup, membesar, sihat dan cergas, dan
mempunyai tenaga yang secukupnya bagi bermain dan menjalankan aktiviti
kehidupan.
2.2 Makanan yang dimakan bertindakbalas dan
bahan kimia yang terdapat di dalam tubuh badan bagi memenuhi keperluan tubuh
badan
2.3 Setiap makanan mempunyai fungsi yang khusus bagi tubuh badan
2.4. Kebanyakan
zat yg diperlukan oleh tubuh badan terdapat pd makanan.
2.5. Pemakanan
seimbang didapati melalui kepelbagaian makanan .
Makanan sahaja tidak dapat membantu
perkembangan dan
pertumbuhan tubuh badan
2.7. Makanan mempunyai pertalian rapat dengan
kebudayaan, ekonomi
dan psikologi kehidupan masyarakat setempat.
2.6
Semua
manusia memerlukan makanan yang sama tetapi berbeda dari segi kuantiti.
2.7 Pengendalian
makanan penting dalam menentukan keselamatan, rasa, kos dan persembahan.
(John Brewer,1995)
3.Jenis
makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak:
3.1
.Kabohidrat
bertujuan bekalkan
tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan
dan melakukan aktiviti.
Kanak-kanak perlu kabohidrat kerana makanan
ini perlu membekalkan tenaga bagi mereka yang suka bergerak, aktif dan
bersenam.Di antara sumber makanan ialah nasi, roti, ubu kayu, keledek, kentang
dan mihun.
3.2
.Lemak
bertujuan membekalkan
tenaga kepada kanak-kanak. Minyak
sayur-sayuran , mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan dan minya kelapa
sawit membekalkan lemak kepada kanak-kanak.
3.3
.Protein
pula berfungsi membina
otot-otot tubuh badan . Protein boleh
didapati dari haiwan atau tumbuhan. Di
antara makanan yang mempunyai sumber protein termasuklah ikan bilis, telur,
susu, daging dan ikan.
3.4
.Vitamin
A boleh didapati dari
makanan seperti tomato, lobak, minyak limpa
ikan, sayur-sayuran berdaun hijau dan sebagainya . Penting untuk kesihaatan
mata dapat menggelakan penyakit rabun ayam.
3.5
.Vitamin
B boleh didapati
drp susu, telur, bijiran, buah-buahan dan
sayur-sayuran segar . Penting untuk membina sel-sel darah supaya kulit sentiasa
segar dan cantik. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit beri-beri
dan pelagra.
3.6
.Vitamin
C boleh didapati daripada jambu batu, betik, limau , oren dan sayur-sayuran
berdaun hijau. Vitamin C perlu untuk kesihatan kulit dan kekurangannya
menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarah.
3.7
Vitamin
D boleh membantu kanak-kanak dari segi pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Di
antara makanannya termasuklah ikan , minyak limpa, susu, telur dan mentega.
Kekurangannya boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan perut serta menjadi
lemah .
3.8
Vitamin
E pula boleh didapati daripada gandum, kekacang, sayuran berdaun, bijiran dan
hati haiwan.Vitamin E penting supaya otot-otot boleh berfungsi dengan
berkesan selain menjadikan bulu dan
rambut menjadi hitam dan berseri.
3.9
Vitamin
K pula boleh didapati dari daripada sayur-sayuran berdaun hijau, telur, kaca
soya, minyak soya, minyak limpa ikan dan bunga kubis. Kekurangan vitamin ini
boleh menyebabkan darah sukar membeku apabila luka atau kemalangan.
3.10
Garam Mineral juga perlu kepada
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Di antaranya termasuklah:
·
Kalsium
dapat membina pertumbuhan tulang dan gigi supaya kuat dan sihat. Susu, ikan
bilis, ketam dan kulit udang dapat
membekalkan kalsium kepada tubuh badan.
·
Fosforus
pula boleh didapati daripada kismis, telur, ikan, kuaci dan daging.
·
Kalium
pula membolehkan otot kanak-kanak berfungsi disamping membantu pertumbuhan
saraf..
·
Kalium
boleh didapati dari buah-buahan seperti belimbing, pisang, oren dan
sayur-sayuran berdaun.
·
Natrium
pula penting bagi membantu pengawalan imbangan cecair di dalam badan. Di antara
makanan yang boleh memberikan rasa masin ini ialah kicap, makanan berjeruk
semulajadi, garam dan perasa.
·
Besi
pula penting di dalam pembentukan hemoglobin yang memproses oksigen di dalam
darah. Makanan seperti telur, kismis, daging ayam , hati, ikan dan kacang tanah
kaya dengan sumber besi.
·
Iodan
pula penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang normal disamping
mengekalkan rambut, kuku dan gigi sihat dan kuat
No comments:
Post a Comment