Tuesday 25 September 2012

Kebersihan alam sekitar


Kebersihan Alam Sekitar

1.Persekitaran boleh dibahagikan kepada persekitaran fizik, biologi dan sosial (Noor Hassim Ismail,1993). Dari segi sains persekitaran, bermaksud ilmu yang mengkaji sesuatu yang berada di luar setiap manusia atau sebarang benda yang boleh mempengaruhi populasi manusia.Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan persekitaran sebagai ilmu berkaitan kawalan terhadap segala proses fizik, kimia dan biologi  dalam manusia mencapai kesejahteraan.

1.1              Dalam konteks pendidikan prasekolah kebersihan alam sekitar bermaksud  pesekitaran kanak-kanak yang bebas dari segala kekotoran yang boleh mendatang mudarat sama ada dari segi penyakit atau kemalangan. Interkasi alam  sekitar dengan  kanak-kanak akan dapat membangunkan keempat-empat unsur pentng  dalam konsep kesihatan total seperti fizikal, emosi, mental dan rohani.

1.2              Persekitaran fizik merujuk kepada  keadaan geografi yang boleh mempengaruhi cara hidup kanak-kanak. Tanpa penjagaan persekitaran yang bersih, air  misalnya menjadi sumber penting merebaknya penyakit berjangkit.
Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari boleh melemahkan tubuh badan kerana garam yang banyak keluar daripada tubuh badan.

1.3              Persekitaran bilogi merujuk kepada hubungan manusia dengan hidupan organik seperti bakteria, virus, spiroket, tumbuhan dan sebagainya yang boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan.Bakteria penting sebagai baja tumbuh-tumbuhan tetapi bakteria juga boleh menyebabkan jangkitan penyakit dan sebagainya.

1.4.            Persekitaran manusia pula merujuk kepada sosio budaya yang boleh mempengaruhi kesihatan mereka.Misalnya pemakanan yang keterlaluan di kalangan orang berada boleh menimbulkan penyakit lain, sementara bagi golongan stinggan yang hidup di kawasan sesak dan kurang kemudahan menyebabkan taraf kesihatan mereka di taraf yang membimbangkan.  

1.4              Hubungan persekitaran dengan kesihatan manusia amat penting untuk mewujudkan keadaan harmoni melalui keseimbangan hubungan. Misalnya manusia merupakan agen penyakit yang penting , tetapi melalui perlaku yang positif di dalam penjagaan kesihatan boleh mencegah dan merawat sakit yang menimpa mereka
.
1.5              Pertubuhan Kesihatan Dunia telah menggariskan beberapa matlamat yang hsru dibuat dari segi penjagaan persekitaran yang bersih dan selamat. Di antaranya:

·         Mengawal vektor dan agen yang menyebabkan penyakit
·         Menyediakan air yang mencukupi
·         Mengwujudkan persekitaran kerja yang sihat
·         Mengawal pencemaran
·         Mempastikan persekitaran rumah yang sihat, selesa dan selamat
·         Menyediakan air yang mencukupi
·         Mempastikan sanitasi makanan dan minuman yang baik

2.Kepentingan pendidikan persekitaran yang bersih

2.1              Membolehkan kanak-kanak menjaga diri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

2.2.            Kanak-kanak berkeupayaan menjaga barang-barang keperluan sendiri supaya sentiasa bersih dan menceriakan persekitaran

2.2              Melatih kanak-kanak menghargai dan bersyukur terhadap  anugerah alam dengan memeliharanya dari sebarang kekotoran dan kerosakan.

2.3              Mempastikan keadaan persekitaran yang bersih dan memudahkan pembelajaran yang kondusif. Persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan berlakunya:

·         Penyakit kronik pernafasan kerana hujan asid akibat pembakaran
·         Jantung dan anemia kerana kesan pengeluaran karbon monoksida yang berlebihan.
·         Bronkitis akibat asbut fotokimia akibat pencemaran udara yang memberikan kesan kepada kulit dan paru-paru.
·         Cat bangunan yang mudah pudar kerana tindakan sulfur dioksida
·         Penyakit kolera dan tifoid  kerana air yang tercemar dengan bakteria
 
2.4              Di antara bentuk-bentuk pencemaran alam sekitar termasuklah

·         Kebisingan
·         Pencemaran air oleh bahan toksid
·         Sampah sarap  (sama ada sampah dapur atau sampah bahan-bahan tidak busuk)
·         Najis
·         Air Limbah
·         Pencemaran makan oleh agen-agen pencemar
·         Udara yang busuk dan berasid

3.Penjagaan alam sekitar

3.1              Bilik air hendaklah sentiasa bersih dari sebarang kekotoran seperti pembuangan najis yang bersepah dan sebagainya. Tandas hendaklah disediakan sesuai dengan kanak-kanak dan tidak dikongsi oleh kanak-kanak lain dari kelas yang bebeda .

3.2            Supaya bilik belajar kelihatan cerita dan menarik, sediakan sudut-sudut pembelajaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan bantuan mengajar yang releven.

3.3          Kawasan bersenam hendaklah bersih dari punca-punca yang menyebabkan kemalangan seperti  paku, kaca,kemuncup  atau tumbuhan berduri.

3.4              Sediakan satu bilik atau ruang untuk kanak-kanak yang sakit.

3.5              Dapur dan tempat persediaan menyediakan makanan hendaklah mempunyai pengudaraan yang baik, bebas dan luas.Ciri-ciri keselamatan hendaklah dijaga seperti lantai, dua pintu berasingan  (  untuk keluar masuk) dan sebagainya. Makanan hendaklah disedia dan disimpan jauh dari jangkitan agen penyakit seperti lalat, tikus atau lipas. Penyedia makanan hendaklah bersih, kemas dan tidak berpenyakit berjangkit.

3.6              Memberikan pendidikan kesihatan kepada kanak-kanak supaya dapat menyampaikan kepada rakan-rakannya atau ibubapa penjaga

3.7              Menekankan kepentingan mejaga kebersihan alam sekitar dari segi pandangan agama

3.8              Menyediakan tong sampah yang secukupnya. Bungkus  sampah yang mudah busuk dalam plastik. Tong sampah hendaklah sentiasa tertutup.

3.9              Sediakan papan tanda di sekolah , termasuk jenis-jenis pokok yang terdapat di persekitaran sekolah .

3.10      Hubungi Kementerian Kesihatan untuk mendapat nasihat dari segi penjagaan kesihatan dan kebersihan di sekolah seperti menjemput inspektor kesihatan, pegawai kesihatan dan sebagainya.

3.11      Sampah  boleh ditanam atau dibakar ikut kesesuaian. Tidak digalakkan pembakaran terbuka, terutama pada waktu pembelajaran kanak-kanak.

4.      Cadangan langkah-langkah menceria kelas

4.1              Menyediakan sudut-sudut pembelajaran.
4.2               Kanak-kanak diberikan tugas membersihkan kelak
4.3              Bilik belajar dicat dengan warna yang sesuai dengan kanak-kanak
4.4     Susun atur kerusi meja sesuai untuk kanak-kanak dari segi pergerakan, pembelajaran dan berkomunikasi .
4.5              Kanak-kanak boleh membantu guru menyediakan alat bantuan mengajar.
4.6              Mempamerkan karya kreatif kanak-kanak di ruang pameran
4.7              Menyediakan satu peraturan yang mudah untuk kanak-kanak
4.8              Menyediakan label-label di kelas
4.9              Ruang makan yang selesa dan teratur

5. Kebersihan alam sekitar dapat diterapkan kepada kanak-kanak secara tidak langsung di dalam bidang-bidang pengalaman pengajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti nonformal berkaitan kebersihan alam sekitar akan dapat memupuk sifat cintai alam sebagai satu anugerah Tuhan yang wajar dipelihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya.


PN: RAJMAH OTHMAN
IPSAH