Definisi pengajaran pemulihan
Berdasarkan
Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan mata pelajaran asas. Beliau juga menegaskan pengajaran pemulihan
ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal
dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira.
Menurut Collins lagi ;
Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling and number.
Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling and number.
Albewhite
(1977), yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang
diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh
gangguan – gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa:
By remedial teaching is meant teaching which is based in a different
diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.
By remedial teaching is meant teaching which is based in a different
diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.
Sharifah
Alwiah Alsagoff ( 1983 ), berpendapat pemulihan ialah satu tindakan khusus yang
diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan
dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada
sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Menurut
Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983), Pemulihan ialah Perkhidmatan khas untuk
memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah
pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.
Bagi Evans
(1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai“the ambulance of educational
system”. Dengan sebab itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu
pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau
digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan
disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.
Definisi di
atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa pengajaran pemulihan
ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang
didapati menghadapi masalah dalam pemelajaran. Menurut beliau:
Remedial education is regarded as the kind of education required to
meet needs which are the result of learning disabilities, that is,
learning failure which cannot be explained by any reference to
inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.

Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan
untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala
kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat.
Selain
itu,Koh (1979), dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979
mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan
memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan
meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid
normal. Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran
melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.
Tansley (1967), berpendapat pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

Chua (1977)
dalam laporannya menyatakan pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang
bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan
dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum
yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi,
tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta
disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas
(profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor,
pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment