Wednesday 14 September 2016

pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  
Perancangan dan Persediaan Mengajar

1
Pengertian konsep pengajaran


Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

2
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran


Perancangan perlu dilakukan untuk


  • memenuhi masa yang diperuntukan
  • menepati kehendak objektif/matlamat
  • berkesan sepanjang waktu pengajaran
  • menarik perhatian dan tidak membosankan

3
Objektif pengajaran


Objektif boleh dalam bentuk


  • Objektif implisit
    • melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
      • memahami
      • atau mengetahui
      • atau menghargai
        sesuatu yang telah diajar
  • Objektif eksplisit
    • melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
      • menyenaraikan
      • atau menjelaskan
      • atau memberikan contoh
      • atau menunjukkan cara yang betul
        terhadap apa yang telah diajarkan

4
Buku rekod mengajar


Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
  • Rancangan Pelajaran Tahunan
    • Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
    • Butiran yang perlu ada ialah :
      • Mata pelajaran
      • Tingkatan
      • Minggu
      • Tajuk/isi
      • Objektif
      • Kemahiran
      • Nilai dan
      • bahan bantuan mengajar
  • Rancangan Pelajaran Harian
    • Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
    • Butiran yang perlu ada ialah :
      • Hari dan tarikh
      • Mata pelajaran dan tingkatan
      • Masa
      • Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
      • Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi
Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak
  • sekolah
  • PPD
  • JPN
  • dan jemaah nazir sekolah
Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.
Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
http://www.freewebs.com/ptk2/hand0156.gif
Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer
Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)


http://www.freewebs.com/ptk2/busi0168.gif
DENDA RM500


Jadual Waktu


Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada


  • Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid
  • Setiap hari persekolahan
  • Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar
  • Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan


Sukatan Pelajaran


Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.





Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P


Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah
  1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
  2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai
  3. Merancang pengajarannya
    • Set iduksi
    • Perkembangan P&P
    • Penutup
  4. Menentukan strategi P&P
  5. Menyediakan bahan bantu pengajaran
  6. Menyediakan penilaian


http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhu1.jpg


Komponen P&P


Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah


  • Objektif pengajaran
  • Strategi pengajaran yang sesuai
  • Bahan bantu pengajaran
  • Maklum balas pelajar
  • Penilaian


Fasa P&P


Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat


  1. Pra perancangan
    • Guru mempunyai gambaan mental mengenai
      • keseluruhan pengajaran
      • pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain
      • isikandungan pelajaran
      • strategi
      • bahan yang diperlukan dan boleh digunakan
  2. Perancangan aktif
    • Guru perlulah
      • menulis rancangan mengajar
      • menyediakan nota,
      • membina transperansi/power point/model
      • memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan
      • menyediakan senarai semak
  3. Perancangan semasa
    • Guru perlu
      • mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar
      • mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa
      • mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas
  4. Pasca perancangan
    • Guru perlu
      • menyedari kelemahan pengajaran
      • mengesan kekuatan pengajarannya
      • membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan


Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran


Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti


  • buku teks
  • buku rujukan
  • buku latihan
  • lampiran nota
  • Alat audio visual
    • LCD
    • komputer
    • peta
    • gambarajah dan
    • TV

                            “Bahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran “
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
http://www.freewebs.com/ptk2/proses_pnp.gif
Proses P&P

1
Perlaksanaan P&P


I.                        Set Induksi
    • Langkah permulaan dalam proses P&P
    • Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku
    • Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran
    • Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi
                            II.            Perkembangan P&P
    • Bahagian kedua
    • Penyampaian isi pelajaran
      1. Teknik penyampaian guru
        • disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak
        • suara yang jelas dan terang
        • menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan potensi murid
        • berfokus kepada apa yang diajar
        • mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KMSM/KBSR
        • Membuat penilian berterusan
      2. Teknik Menyoal
        • Soalan yang dikemukakan
      3. Penggabungjalinan
      4. Penyerapan
      5. Pengukuhan
        • memberikan latih tubi
        • memberikan tugasan / kerja rumah
        • mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran
      6. Pengayaan
        • membimbing murid mencari maklumat tambahan
        • menyediakan bahan maklumat tambahan
        • menggalakkan murid belajar daripada maklum balas
        • membimbing murid membuat jangkaan masa depan
      7. Pemulihan
        • membimbing murid secara individu
        • menggunakan pelbagai bahan
        • memberi latihan ulangan
        • menggunakan pelbagai teknik pengajaran
      8. Penilaian
        • pemerhatian
        • soal jawab
        • perbincangan
        • kerja bertulis
        • kerja rumah
      9. Hasil pembelajaran murid
        • memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran
        • melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed)
        • mengaplikasikan kemahiran mengambil nota
        • mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran
        • mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
        • mengemukakan pendapat semasa perbincangan
        • berdisplin
                                                                         III.            Penutup
    • Bahagian terakhir
    • Aktiviti yang dijalankan seperti :
      1. susulan
        • folio
        • pengayaan
        • membuat projek
      1. penilaian objektif pengajaran
                                                         .            pemerhatian
        • teknik menyoal
        • memeriksa kerja pelajar
      1. membuat kesimpulan
      2. rumusan
        • menegaskan isi-isi penting
        • memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman
        • mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu
        • mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian
        • mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan
      1. pengubahsuaian pelajaran
http://www.freewebs.com/ptk2/peop0074.wmf
Guru yang berkesan ...tidak membosankan
  Pengurusan Kelas

1
Tanggungjawab guru menguruskan kelas


Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab :


I.                        menguruskan rutin kelas
    • menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar
      • Rekod/buku daftar
      • Jadual kedatangan kelas
      • Rekod/buku/slip  kemajuan pelajar
      • Kad 001 dan 002
      • Rekod kutipan yuran
    • menyedia dan melaksanakan rutin kelas
      • menanda kedatangan
      • memastikan keceriaan kelas
      • mengutip yuran
      • memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini
    • menjalankan tugas-tugas lain
      • mengurus pinjaman buku teks
      • biasiswa
  1. mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian
  2. mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelas
  3. mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P
  Iklim Bilik Darjah

1
Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah iaitu


  • interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya.
  • suasana yang tenteram
  • suhu dan peredaran udara


Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu :

2
I.                        Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan pelajar
  1. Kesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang ditetapkan oleh pihak sekolah
  2. Memiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmonis dan mesra
  3. Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela dengan sopan
V.                        Adanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran A. Pembelajaran secara kontekstual

1
Maksud


Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan  pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on'

2
Teori pembelajaran secara kontekstual


  • Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka
  • Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksan kepada murid
  • Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
B. Pembelajaran Masteri

1
Maksud


Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

2
Pembelajaran Masteri memerlukan


  • masa yang mencukupi
  • proses P&P yang berkualiti
  • guru menyedari bahawa :
    • pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza
    • pelajar perlukan pendekatan yang sesuai
    • pelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan



“Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asas
sebelum beralih kepada kemahiran berikutnya.”

3
Prinsip asas Pembelajaran Masteri


  • Pelajar normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guru
  • Proses P&P akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil
  • Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan kemahiran
  • Arahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas

4
Ciri-ciri Pembelajaran masteri


  • Hasil pembelajaran mestilah ditentukan
  • Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit ke unit
  • Aktiviti P&P mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesan
C. Pembelajaran Kolaboratif

1
Maksud






D. Pembelajaran Koperatif.

1
Maksud


Pelajar-pelajar bekerjasama, berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran

2
Kriteria


  • Semangat saling perlu-memerlukan yang positif
  • Akauntabiliti individu
  • Penglibatan yang sama
  • Penglibatan yang serentak
  • Penglibatan yang bersemuka
E. Pembelajaran konstruktivisme

1
Maksud



F. Pembelajaran Melalui Pengalaman

1
Maksud



G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya

1
Maksud



  Kaedah Pengajaran A. Simulasi

1
Maksud


Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar

2
Jenis simulasi


  • Sosiodrama
    menggunakan skrip dan mengandungi konflik
  • Main peranan
    Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian

3
Persediaan


i.                        Guru merancang
  1. Guru menjelaskan secara ringkas  mengenai situasi , masalah , peranan dan tempoh lakonan
  2. Pilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan watak - suara yang jelas
  3. Guru menyediakan skrip lakonan
v.                        Guru membimbing pelajar membuat keputusan

4
Kelebihan


  • Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat
  • Kemahiran pertuturan pelajara dapat ditingkatkan
  • Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik
  • Pelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan
  • Pelajar dapat menonjol bakat lakonan mereka
B. Tunjuk Cara (Demostrasi)

1
Maksud


Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki

2
Langkah-langkah tunjuk cara


  • Perancangan
  • Perlaksanaan tunjuk cara
  • Latihan
  • Rumusan

3
Perlaksanaan tunjuk cara


  • menyediakan peralatan yang diperlukan
  • memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara
  • menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar
    • tenik menyoal
      1. Soalan mestilah jelas dan mudah difahami
      2. Menyusun aras soalan daripada yang mudah kepada sukar
      3. Soalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil nama murid
      4. Berusaha mencungkil jawapan daripada pelajar
      5. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab
      6. Memeri peluang kepada lebih daripada seorang pelajar untuk menjawab
  • membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam tunjuk cara
C. Syarahan






D. Permainan






E. Hafazan






F. Akhbar Dalam Darjah






G. Melawat Sambil Belajar

1
Maksud


Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran

2
Tempat lawatan


  • Muzium
  • tempat bersejarah
  • tempat pengeluaran - kilang dan ladang, pusat kreatif

3.
Tujuan lawatan


  • membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatan
  • Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang dipelajari di dalam kelas
  • Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan
  • Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat

4.
Persediaan


  • Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran
  • Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah
  • Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin dilawati
  • Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan
  • Memberi taklimat kepada pelajar mengenai
    • tujuan lawatan
    • keselamatan diri
    • dislplin
    • makan dan minum
    • peralatan
  • Menyediakan peralatan yang diperlukan
  • Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik
  • Memastikan pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kajian
  • Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham
  • Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan
  • Aktiviti susulan seperti membuat model dan melukis rencana atau poster

5.
Garis panduan lawatan


Pekeliling SPI Bil 5/2002 (Lawatan pada hari Persekolahan) menggariskan


  • Ia tidak melebihi dua kali dalam setahun
  • Setiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan
  • Bagi sekolah yang kurang pelajar digalakkan bergabung dengan sekolah lain
  • Aktiviti pelajar sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu.
  • Laporan lawatan yang dibuat pelajar perlu dikaitkan denngan pembelajaran di dalam kelas
  E. Pembelajaran Akses kendiri

1
Maksud


Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri. Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran

2
Keperluan


  • Hanya pelajar  sendiri dapat melakukan pembelajaran secara optimum
  • Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajar
  • Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan dan kebolehan yang berbeza
  • Pelajar lebih tepat menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik untuknya

3
Ciri-ciri


  • Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor
  • Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan
  • Bahan PAK dan bahan fasilitator meudah diakses
  • Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas
  • Kemudahan yang   membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau kumpulan
  • Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar

4
Kelebihan


  • Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajar
  • Pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara berdikari
  • Pelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiri
  • Pelejar memiliki kuasa otonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

5
Fungsi Pusat Akses Kendiri


  • Menyediaken tempat persekitaran yang selesa dan menarik
  • Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melalui pembelajaran yang berkualiti dan berkesan
  • Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja pelajar
  • Sebagai pusat pengajaran, kemahiran amali dan pembelajaran

6
Jenis-jenis Pusat Akses Kendiri - PAK


i.                        Bilik khas
    • Bilik seni
    • Bilik bahasa
ii.            Ruang dan sudut pameran
    • Papan kenyataan
    • Sudut-sudut
iii.                        Pusat Mudah Alih
  TEORI-TEORI PEMBELAJARAN A. Teori kecerdasan pelbagai

1
Maksud


  • Kebolehan menyelesaikan masalah
  • Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

2
Keperluan


  • Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajar
  • Mempelbagaikan cara penilaian
  • Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

3
Jenis kecerdasan


i.                        Kecerdasan Verbal Linguistik
    • Kebolehan menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesan
    • Kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa sendiri
ii.            Kecerdasan Logik Matematik
    • Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan berhujan
    • Kebolehan menjangka
iii.            Kecerdasan Visual Ruang
    • Kebolehan mengesan dan mengambarkan bentuk
    • Kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik
iv.            Kecerdasan Kinestetik
    • Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan penyelesaian masalah
    • Kebolehan menggunakan kemahiran fizikal seperti koodinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan
v.            Kecerdasan Muzik
    • Kebolehan mengesan irama dan lagu
    • Kebolehan mengenal lagu mudah
    • Kebolehan membeza dan mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah
vi.            Kecerdasan Interpersonal
    • Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
    • Kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain
vii.            Kecerdasan Intrapersonal
    • Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan kehendak.
    • Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri
    • Kebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan.
viii.            Kecerdasan Naturalis
    • Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian, binatang.
    • Kebolehan mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan
B. Teori Behaviourisme

1
Didokongi oleh Thorndike dan Skinner

2
Menyatakan


  • Pembelajaran belaku melalui pelaziman/kebiasaan
  • Perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan ransangan yang sesuai
  • Pemberian rangsangan mendatangkan kepuasan , kepuasan akan membawa pengulangan tingkah laku tersebut
  • Rangsangan yang mendatangkan keadaan tidak selesa akan menyebabkan tingkah laku tersebu diberhentikan
  • Ganjaran, insentif dan peneguhan diberikan sebagai rangsangan dalam pembelajaran supaya tingkah laku yang diingini diteruskan dan dikekalkan
C. Teori Konstruktif

1
Disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky

2
Menyatakan


  • Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu itu sendiri
  • Ilmu pengetahuan yang dibentuk oleh sesorang itu kerana ingin menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar
  • Ilmu pengetahuan terbentuk hasil rasionalisasi pengalaman individu
  • Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada
  • Seseorang individu tidaklah menerima sesuatu ilmu secara pasif
D. Teori Kognitif

1
Didokong oleh Atkinson, McClelland and Bruner

2
Menyatakan


  • Tingkah laku manusia adalah dipengaruhi cara pengamatan seseorang
  • Setiap individu berminit mengejar kejayaan
  • Terdapat dua jenis dorongan yang bertentangan yang wujud semasa mengejar sesuatu iaitu mengejar kejayaan atau mengelakkan kegagalan
  • Kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibidaiannya
 
http://www.freewebs.com/ptk2/C0115.JPG
Guru ceria murid gembira


No comments:

Post a Comment