KEMAHIRAN LISAN
PENGENALAN
Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan
hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang
itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah
bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak
dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
Tajuk ini akan membincangkan tentang kemahiran lisan yang merangkumi kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur, masalah-masalah kemahiran lisan, dan juga
tentang penilaian kemahiran lisan.
OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini pelajar diharap dapat:
1. menjelaskan maksud kemahiran lisan, kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur;
2. menjelaskan masalah-masalah kemahiran lisan;
3. menghuraikan kepentingan penilaian dalam kemahiran lisan
4. membezakan jenis ujian kemahiran lisan
GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK
KEMAHIRAN LISAN
Mendengar dan bertutur Masalah Bahasa Lisan Penilaian Bahasa Lisan
- Mendengar - Memahami bahasa - Kepentingan penilaian
- Bertutur - Menggunakan bahasa - Jenis ujian lisan
1.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Dalam tajuk 1 anda telah dapat memahami maksud bahasa dengan lebih jelas
berdasarkan beberapa definisi bahasa yang dibincangkan. Dalam definisi bahasa
tersebut jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan atau
dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu
sebelum mencipta simbol-simbol tulisan.
Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses
mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi
yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya
diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur
dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).
Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan,
kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu.
Kanak-kanak yang mahir dlam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan
pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain
dalam apa jua situasi.
A. Kemahiran Mendengar
Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam
perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan
mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa
pertuturan.
Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran
lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;
i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman
pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan
untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi
dalam ingatan,
ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu
memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues)
daripada persekitaran,
iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran
dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar,
menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan
menghargai apa yang didengar.
Kepentingan Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar
adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku
apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah
kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ
pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah
mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi
yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang
biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar
adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan
menulis.
Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap digunakan oleh
manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan
kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan
sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca
bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.
Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan.
Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan
kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan
menulis.
Keperluan Mendengar
Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut
situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam
situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain
dengan rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar
sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu
bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar
untuk berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen.
Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar
adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato,
kuiz, dan sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi.
Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat
dari segi tujuankita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan
kita mendengar, iaitu:
i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,
ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton
televisyen, atau filem, dan
iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam
kelas, mendengar ceramah dan sebagainya.
B. Kemahiran Bertutur
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai
oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di
sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya
mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan
yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak
akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang
dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi
membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.
Aspek-aspek Pertuturan
Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya
pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan
sembilan aspek pertuturan seperti berikut:
Sebutan
Tekanan
Mora ( panjang pendek)
Jeda ( persendian)
Intonasi
Nada
Tatabahasa
Kelancaran
Kefasihan
Laras Bahasa
ASPEK PERTUTURAN
Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan
jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan
kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak
jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.
Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat
dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa
makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang
tertentu.
Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan
teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah
kelancaran bertutur yang serius.
Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi
jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.
Latihan 3.1:
Bincangkan aspek-aspek pertuturan yang belum dibincangkan dalam tajuk ini di
dalam kelas. Perbincangan perlu disertakan dengan contoh-contoh ya
No comments:
Post a Comment