Friday 13 July 2012

Aktiviti Belajar Menerusi Bermain


CONTOH AKTIVITI MAIN


           Terdapat pelbagai aktiviti main yang menjadi asas kepada konsep belajar melalui bermain dalam pendidikan prasekolah, seperti main pasir; main air; main doh; main pondok, main bongkah, main tradisional.

TEMA:  AIR

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Hasil Pembelajaran:

– kordinasi mata-tangan,  menguatkan motor halus dan motor kasar

Aktiviti:
  1. Mengisi air dalam botol dengan menggunakan sepan
  2. Mencuci dan memerah tuala kecil/pakaian
  3. Bermain buih sabun

PERKEMBANGAN SENI DAN ESTETIKA
Hasil Pembelajaran:

- kordinasi mata-tangan,  menguatkan motor halus dan motor kasar
- membina dariapada lipatan kertas/ seni origami
- menggambar / melukis dan mewarna
- nyanyian dan pergerakan – membuat gerak balas yang sesuai dengan perkataan

Aktiviti:

1.  membuat sampan dan perahu daripada kertas
2.  melukis dan mewarna haiwan yang tinggal di dalam air (ikan)
3.  menyanyi lagu “Buih Sabun” sambil membuat pergerakan kreatif
4.  Singing and Creative Movement “ Row, Row Your Boat”


Lagu “Buih Sabun”
Saya suka main buih sabun
Gelembung bulat,
Cantik berkilat
Bila ditiup angin berkawan
Terbang tinggi, sampai ke awan
Sabun taruh air kocak-kocak
jadi buih…..
Ambil buluh celup
Tiup buih terbang sayup…


Lagu “Row, Row Your Boat”
Row, Row, Row your boat
Gently down the stream
Merrily, merrily, merrily
Life is but a dream

                                  PERKEMBANGAN KOGNITIF:
 
Hasil Pembelajaran:

- mengelaskan objek yang tenggelam dan timbul
- mengelaskan objek yang larut dan tidak larut dalam air
- memerhati perubahan bentuk kesan daripada haba
- menyenaraikan hidupan dalam air

Aktiviti:

1.  memerhati  dan mengasingkan objek tenggelam dan timbul
2.  memerhati perubahan bentuk air dari pepejal, cecair dan gas
3.  memerhati perubahan cecair tepung ubi menjadi kanji
4.  mengasingkan hidupan yang tinggal dalam air



PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

 Pendidikan Agama Islam
 Hasil Pembelajaran:
- melakukan cara dan adab bersuci yang betul
- melakukan cara berwuduk yang betul


Aktiviti:
1.  Melakonkan cara dan adab bersuci
2.  Tunjuk cara  mengambil air sembahyang

Pendidikan Moral
Hasil Pembelajaran:
- membezakan perbuatan baik dan buruk

Aktiviti –

1. mengelaskan perbuatan baik dan buruk pada sungai
2. mengelaskan gambar perbuatan baik dan buruk dalam penggunaan air
3. bercerita/nyanyian tentang membazir air


BAHASA DAN KOMUNIKASI

Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran:

- menyatakan pelbagai kegunaan air
- menyebut pelbagai bekas menyimpan air
- menyebut, mengeja, membaca, bercerita dan menulis  tentang tema air

Aktiviti:
Permainan Bahasa:
- meneka abjad
- meneka perkataan
- meneka ejaan
- menyusun suku kata menjadi perkataan
- menyusun gambar
- menyesuai padan gambar dengan huruf / perkataan/ rangkai kata


AKTIVITI PERMAINAN MENGGUNAKAN DOH (Dough)

PERKEMBANGAN FIZIKAL
– kordinasi mata-tangan ;  menguatkan motor halus dan motor kasar
Contoh Aktiviti:

- Membancuh dan menguli doh berdasarkan resipi tertentu eg. membuat biskut
- Membuat binaan doh berdasarkan tema
- Menguli, menekap doh pelbagai bentuk, saiz dan warna.


PERKEMBANGAN KOGNITIF – ASAS SAINS DAN ASAS MATEMATIK
Contoh Aktiviti:


-   mengelaskan pelbagai bentuk, saiz dan warna doh
-   Membuat seriasi dan membanding berat dengan doh
-   memahami konsep nombor  menggunakan doh

PERKEMBANGAN SENI DAN ESTETIKA
Contoh Aktiviti:
-  
Membentuk model/patung
-   Membuat pelbagai corak
-   Nyanyian dan pergerakan berasaskan tema



PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL
Contoh Aktiviti:

-  Memahami konsep huruf jawi dan hijaiyah menggunakan doh
-  Nyanyian atau Nasyid berdasarkan tema

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI
Contoh Aktiviti:

  Membentuk dan membina huruf, perkataan dengan doh
-   Bercerita dan bersoal jawab tentang aktiviti menghasilkan doh
-   Lakonan / main peranan dan membuat pergerakan seperti watak berdasarkan tema eg.
     pekerjaan










1 comment:

  1. terbaik, terima kasih dapat dijadikan sebagai rujukan.

    ReplyDelete