Friday, 13 July 2012

Kanak-kanak Berkerperluan Khas


Pendidikan Kanak-kanak Berkerperluan Khas di Malaysia

PENGENALAN :

Kanak-kanak keperluan khas atau kanak-kanak istimewa salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak keperluan khas ini merangkumi kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya.Mereka yang dikenali sebagai berkeperluan khas ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi penyumbang kepada masyarakat dan negara.Mereka tidak wajar dipinggirkan, malah perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak berbeza dan ia digelar sebagai sebagai pendidikan khas.

DEFINASI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas didefinasikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital atau institusi.

Menurut Chua, 1992 pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

 Manakala Slavin  (1997) pula mendefinasikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.
          



Pelajar Berkeperluan Khas

Pendidikan khas di Malaysia adalah pendidikan yang disediakan untuk pelajar-pelajar keperluan khas. Pelajar-pelajar berkerperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa adalah pelajar - pelajar cacat daripada pelbagai jenis atau ketegori kecacatan yang meliputi ketidak upayaan atau kesukaran yang disebabkan oleh ketidakfunsian sistem saraf. Pelajar-pelajar ini memerlukan pendidikan khas kerana mereka memerlukan pengubahsuaian dalam amalan hidup biasa.

Lerner et al. (1998), dalam memperihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat prasekolah, mencadangkan dua kategori kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang dinggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran di bangku sekolah dan kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.

Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa bolehlah ditaksirkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperolehi keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakatan kerana had fizikal atau mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

Kesimpulannya, pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental,bermasalah pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya atau sosial, cacat fizikal dan sebagainya, termasuk juga pelajar-pelajar pintar cerdas.

Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan(1986) menggariskan falsafah Pendidikan Khas yang bersifat progresivisme. Falsasah itu berbunyi:

“Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan keperluan tenaga rakyat dan untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih”

Falsafah Pendidikan Khas menegaskan kepentingan kita mengenalpasti perbezaan-perbezaan dalam diri setiap pelajar dan antara mereka. Disebabakan oleh kewujudan perbezaan-perbezaan,pelbagai keperluan pendidikan khas turut diperlukan. Pendidikan Khas perlu memenuh keperluan-kepeluan ini supaya setiap pelajar dapat berfungi sedaya yang mungkin.

Kesimpulannya, serupa dengan falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas menekankan perkembangan optimum seseorang individu sebagai orang yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri kepada masyarakat. Falsafah ini juga menyediakan peluang-peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas, seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan sosial dan psikologi yang seimbang.


Guru-guru terlatih merupakan komponen penting dalam program pendidikan khas .Guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar luar biasa ini memerlukan latihan tertentu yang khusus digunakan untuk mengendalikan program-program yang disediakan untuk pelajar-pelajar tersebut. Setiap guru terlatih khas haruslah mempunyai kelayakan perguruan yang asas untuk mengajar pelajar-pelajar normal supaya mereka mengetahui pertumbuhan dan perkembangan normal pelajar-pelajar. Guru pendidikan khas juga harus mempunyai sifat kesabaran, kerajinan sentiasa berikhtiar untuk memperolehi sesuatu, perlu kreatif mempunyai hubungan yang mesra dengan pelajar, perancangan yang berkesan dan sentiasa berkerjasama dengan rakan sejawat dan guru besar.


Matlamat Dan Tujuan Pendidikan Khas

Matlamat umum pendidikan khas ialah menyediakan perkembangan optimum pelajar dengan keperluan-keperluan pelajar khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.Di Malaysia matlamat umum pendidikan khas ialah untuk memberi pendidikan yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam persekitaran.

Terdapat beberapa tujuan pendidikan khas yang spesifik seperti yang dinyatakan oleh Isahak Haron dan Koh Boh Boon (1982). Mereka memberikan beberapa tujuan pendidikan khas seperti berikut:
·         menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani, kekuatan kanak-kanak  luar biasa perlu dikesan dan diberi penekanan.
·         memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak cacat fizikal atau akal boleh menjadi pekerja yang berguna dalam masyarakat.
·         mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan
·         mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan memperkembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri dan sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luar biasa
·         mengeratkan kanak-kanak cacat dengan masyarakat biasa supaya mereka yang cacat ini dapat diterima oleh masyarakat
Bagi mencapai matlamat dan tujuan ini, pelaksanaan harus dibuat untuk mewujudkan program pembelajaran yang menggalakkan perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek serta sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak istimewa.

Kategori Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas

Masalah Pendengaran

Seseorang yang rosak atau bermasalah pendengaran, kerap kali dikatakan sebagai pekak. Anggapan ini adalah salah kerana bukan semua orang yang bermasalah pendengaran tidak boleh mendengar. Tetapi pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Seseorang yang dilahirkan dengan masalah pendengaran, perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan semakin teruk jika pelajar-pelajar tersebut langsung tidak mendengar, sudah pasti ianya tidak dapat bercakap.

Masalah Penglihatan

Pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu buta yang langsng tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan.Pelajar-pelajar buta belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Mereka menggunakan tulisan braille untuk membaca dan tongkat untuk bergerak dari satu tempat ketempat yang lain. Pelajar-pelajar separuh buta pula mempunyai deria penglihatan yang kabur dan memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin mata atau mendapatkan rawatan doktor pakar.

Bermasalah Pembelajaran

Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ialah pelajar-pelajar yang dikenal pasti dan disahkan oleh doktor-doktor pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian pelajar seperti kebolehan kognitif, perkembangan sosial, penguasaan bahasa lisan dan kemahiran matematik. Pelajar-pelajar ini boleh dikesan melalui beberapa cara. Biasanya kriteria yang digunakan ialah kekerapan kegagalan yang dialami pelajar-pelajar tersebut berbanding dengan kekerapan kejayaan mereka. Jenis-jenis kumpulan pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah:
·         lemban
·         sindrom down
·         Hipoaktif
·         Hiperaktif
·         Gangguan emosi dan masalah tingkah laku
·         Cerebral palsy
·         Pelbagai kecacatan
·         Terencat akal ringan dan sederhana
·         Autistik
·         Masalah pertuturan dan epilepsi

Pelajar Pintar Cerdas

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar-pelajar pintar cergas ialah pelajar-pelajar yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan oleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal.Pelajar-pelajar ini dianggap mempunyai keblehan luar biasa.
Pelajar-pelajar ini memerlukan program pendidikan khas yang berbeza daripada program biasa untuk mencungkil potensi mereka.Golongan ini biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar biasa.Ujian kecergasan boleh dilasanakan untuk mengenal pasti pelajar pintar cergas yang bertujuan mengukur tahap kecergasan dan intelek golongan ini.Seseorang pelajar yang mempunyai IQ 120 ke atas dikategorikan sebagai pelajar cergas.

Program Pendidikan Khas

Program Pendidikan Khas bermaksud suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan program percantuman sekolah biasa dengan pelajar-pelajar yang menpunyai kecacatan penglihatan atau kecacacatan pendengaran. Program-program ini akan diperjelaskan seperti berikut

Sekolah Khas

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan masalah penglihatan. Ia wujud di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program yang ditawarkan ialah prasekolah Pendidikan Khas, Sekolah Rendah, Pelajaran Menengah dan Pendidikan teknik dan Vokasional


Pendidikan Inklusif
Secara umumnya, istilah “inklusif”  bermaksud menintergrasikan pelajar-pelajar keperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dengan keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa, tanpa mengira status(Naim, 1997).
Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis iaitu, pendidikan inklusif separuh masa, di mana pelajar-pelajar hanya dimasukkan kekelas biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja.Manakala pendidikan inklusif sepenuh masa, iaitu program pelajar-pelajar dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran (Naim, 1997).
Mengikut Bariah (1995), terdapat empat objektif pendidikan inklusif seperti:
·         meningkatkan keseadaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.
·         memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka
·         memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep diri mereka
·         untuk mengelak daripada berlakunya diskrminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Mengikut Deschenes et al.(1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam strategi pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanna program pendidikan inklusif iaitu :
·         Saiz – menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yang pelajar sepatutnya belajar/capai
·         Masa – menyesuiakan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian
·         Tahap sokongan – menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang memerlukannya
·         Input- menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan seseorang pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang diajar
·         Penglibatan – menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar terlibat di dalamnya.
·         Kurikulum – menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran gaya pembelajaran dan minat pelajar untuk menbantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masing

Rancangan Pendidikan Individu

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang dirancang khas untuk seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk  mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. Ia juga merupakan perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan tersebut boleh dpenuhi. Bender (1995), mendefinasikan  RPI sebagai satu program pengajaraan berasasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar yang kurang upaya.

Antara objektif Rancangan pendidikan Individu ialah :
·         membawa penglibatan pelajar dalam pendidikan inklusif untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
·         mengindividukan keperluan pelajar untuk pencapaian terkini serta aspirasi akan datang.
·         berdasarkan kepada kekuatan pelajar.
Prinsip Rancangan Pendidikan Individu yang boleh digunakan dalam pelaksaan program ini:
·         sesuai dengan umur
·         fleksibel berorentasikan masa akan datang
·         menggunapakai pendekatan holistik untuk pendidikan pelajar
·          
Program Pengayaan

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), konsep program pengayaan bermaksud. “Aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dipelajari.Melalui aktiviti-aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat peluang-peluang tambahan unrtuk mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka”.

Program pengayaan ini bertujuan mengembangkan potensi pelajar ketahap yang sebenar dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka. Aktiviti pengayaan boleh dibahagikan kepada dua kategori:
·         pengayaan secara mendatar
·         pengayaan secara menegak
Pengayaan secara mendatar merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untu kumpulan mengikut kebolehan. Pengayaan secara menegak pula merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan yang cergas sahaja.

Program Pendidikan Pemulihan
         Menurut Kamus Dewan, perkataan “pulih” bermaksud “kembali seperti biasa” atau “sembuh”, tetapi maksud pemulihan dalam konteks pendidikan boleh diertikan sebagai “sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul”.
        Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff, (1983) pendidikan khas didefinasikan sebagai “satu tindakan kursus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat kursus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumplan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus bagi guru pemulihan”.
        Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran didalam darjah ialah satu usaha untuk mendorong pelajar yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Biasanya pelajar yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami konsep yang betul. Menurut Kementerian pelajaran Malaysia(2000), objektif pendidikan  pemulihan ialah :
·         membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran
·         memberi peluang kepada pelajar untuk belajar matematik mengikut kebolehannya
·         membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh pelajar
·         membina keyakinan diri



Program pendidikan Khas yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO

Program Pemulihan Dalam Komuniti
       Program pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ialah satu pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan orang kurang upaya (OKU), khususnya di peringkat tempatan dalam konteks struktur perkhimatan dan rancangan pembangunan sedia ada.
Antara tujuan pelaksanaan PDK ialah:
·         meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya ke tahap maksimum.
·         memberi kesedaran masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang kurang berupaya perlukan bantuan
·          memulihkan OKU supaya boleh berfungsi seperti biasa
·         memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada  golonga orang kurang upaya ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan.

Aktiviti di PDK dilaksanakan melalui beberapa aktiviti seperti berikut:

·         Aktiviti harian - mengurus diri, makan , menyikat rambut, ketandas dan sebagainya.
·         Kemahiran motor kasar - melibatkan pergerakan otot iaitu anggota tubuh badan seperti berjalan berlari, merangkak dan sebagainya
·         Kemahiran motor halus - melibatkan pemikiran, penglihatan serta pergerakan jari-jari seperti membuat kueh, menggunting kertas dan lain-lain.
·         Aktiviti-aktiviti  di kelas prasekolah dan juga perkembangan sosial

Program Pendidikan Swasta

Mengikut Sayed Rahman (1995) program pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas boleh diketagorikan kepada dua iaitu:
i.                    Pusat­ -pusat pemulihan yang khusus bagi mereka yang memerlukan bimbingan dan pemulihan yang rapi dan terancang. Di Malaysia contohnya ialah Taman Sinar Harapan, Pusat Latihan Orang Cacat serta sekolah-sekolah Khas
ii.                  Pemulihan sendirian iaitu aktiviti pemulihan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang dilakukan oleh ibu bapa aau penjaga dirumah sahaja

Program Pendidikan Badan Amal dan Sukarela
Badan amal merupakan sebuah organisasi atau individu yang bersedia membantu memberi perkhidmatan atau pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan kepada pihak lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau sebarang ganjaran












           














No comments:

Post a Comment