Sunday 15 July 2012

Program transisi prasekolah


PROGRAM TRANSISI KANAK-KANAK PRASEKOLAH


Konsep:

·         Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.
·         Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

·         Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan 
    untuk membantu kanak-kanak menghadapi
    perubahan  dari rumah dengan sistem pendidikan
    yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau
    prasekolah.

·         Transisi prasekolah ke Tahun Satu adalah bertujuan membantu kanak-kanak  menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari prasekolah dengan pendidikan yang tidak formal ke pendidikan formal di Tahun Satu di sekolah
      rendah.

Tujuan Program Transisi:

·         Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
·         Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
·         Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke sekolah tanpa banyak  masalah.
·         Memperolehi pengentahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam sukatan Tahun Satu.
·         Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran.
·         Menangani perbezaan kanak-kanak yang masuk ke Tahun Satu dalam aspek kognitif, efektif dan psaikomotor serta latar belakang pengalaman.
·         Melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah.
·         Mewujudkan keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan anak-anak mereka.

Peranan Guru Prasekolah Dalam Merancang Program Transisi Kepada Kanak-Kanak

·         Membuat lawatan ke sekolah yang akan menerima kanak-kanak ke Tahun Satu.
·         Menyediakan Kanak-kanak dengan suasana di Tahun Satu.
·         Bekerjasama atau berbincang dengan guru Tahun Satu.
·         Mengetahui sukatan pelajaran Tahun Satu
·         Menyediakan profil setiap kanak-kanak.
·         Mendedahkan kepada kanak-kanak dengan suasana persekitaran Tahun Satu.

Peranan Guru Tahun Satu Dalam Program Transisi

·         Memahami serta menghayati program
·         Melaksanakan program transisi
·         Meneruskan amalan budaya dan nilai murni
·         Merujuk guru bimbingan dan kaunseling sekiranya menghadapi kanak-kanak mempunyai masalah tingkahlaku.
·         Mengetahui latar belakang pencapaian  dan perkembangan kanak-kanak.
·         Menyediakan persekitaran yang sesuai dan menarik kanak-kanak.
·         Bersedia untuk menerapkan nilai-nilai kasih sayang
·         Berupaya untuk memahami tingkahlaku kanak-kanak.
           


No comments:

Post a Comment