Tuesday 17 July 2012

Amalan Pemakanan Kanak-kanak


Makanan dan Amalan Pemakanan

Pemakanan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud "memberi makan makanan yang berkhasiat atau "memberi makan".

Meliputi pelbagai jenis aspek termasuk sains makanan, pemilihan makanan, kandungan makanan, pemakanan dalam makanan, penggunaan makanan oleh tubuh manusia dan pencernaan makanan. seperti karbohidrat,protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian.




Tujuan menekankan konsep makanan dan pemakanan:
1.1.      Meningkatkan  tahap dan taraf kesihatan kanak-kanak
             Membina kelaziman dan minn  supaya makan makanan berkhasiat
1.3       Tingkatkan proses perkembangan & pertumbuhan positif
1.4       Memelihara adab sopan & peraturan makan
            Berpeluang memperoleh bimbingan ilmu pengetahuan tentang
             pemakanan, vitamin & nilai-nilai positif bagi membina gaya hidup
             sihat
1.5                 Kanak-kanak diterapka rasa bersyukur dengan razeki .
1.6                 Memantapkan daya ketahana kanak-kanak dari segi JERIK.


2.Persidangan  Rumah Putih tentang Makanan, Pemakanan dan Kesihatan (1969) telah menggariskan kerangka Makanan dan Pemakanan bagi kanak-kanak yang di antara lain ;
2.1      Pemakanan adalah merupakan satu proses memakan makanan yang membolehkan kanak-kanak untuk hidup, membesar,  sihat dan cergas, dan mempunyai tenaga yang secukupnya bagi bermain dan menjalankan aktiviti kehidupan.

2.2      Makanan yang dimakan bertindakbalas dan bahan kimia yang terdapat di dalam tubuh badan bagi memenuhi keperluan tubuh badan

2.3       Setiap makanan mempunyai fungsi  yang khusus bagi tubuh badan

2.4.      Kebanyakan zat yg diperlukan oleh tubuh badan terdapat pd makanan.
2.5.      Pemakanan seimbang didapati melalui kepelbagaian makanan .
             Makanan sahaja tidak dapat  membantu perkembangan dan
             pertumbuhan tubuh badan
2.7.      Makanan mempunyai pertalian rapat dengan kebudayaan, ekonomi
              dan psikologi kehidupan masyarakat setempat.
2.6                 Semua manusia memerlukan makanan yang sama tetapi berbeda dari segi kuantiti.
2.7    Pengendalian makanan penting dalam menentukan keselamatan, rasa, kos dan persembahan.
(John Brewer,1995)


3.Jenis makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak:

3.1         .Kabohidrat bertujuan bekalkan
tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan dan melakukan aktiviti.
Kanak-kanak perlu kabohidrat kerana makanan ini perlu membekalkan tenaga bagi mereka yang suka bergerak, aktif dan bersenam.Di antara sumber makanan ialah nasi, roti, ubu kayu, keledek, kentang dan mihun.

3.2         .Lemak bertujuan membekalkan
tenaga kepada kanak-kanak. Minyak sayur-sayuran , mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan dan minya kelapa sawit membekalkan lemak kepada kanak-kanak.

3.3         .Protein pula berfungsi membina
otot-otot tubuh badan . Protein boleh didapati dari haiwan atau tumbuhan.  Di antara makanan yang mempunyai sumber protein termasuklah ikan bilis, telur, susu, daging dan ikan.

3.4         .Vitamin A boleh didapati dari
makanan seperti tomato, lobak, minyak limpa ikan, sayur-sayuran berdaun hijau dan sebagainya . Penting untuk kesihaatan mata dapat menggelakan penyakit rabun ayam.

3.5         .Vitamin B boleh didapati
drp susu, telur, bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar . Penting untuk membina sel-sel darah supaya kulit sentiasa segar dan cantik. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit beri-beri dan pelagra.

3.6         .Vitamin C boleh didapati daripada jambu batu, betik, limau , oren dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin C perlu untuk kesihatan kulit dan kekurangannya menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarah.

3.7         Vitamin D boleh membantu kanak-kanak dari segi pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Di antara makanannya termasuklah ikan , minyak limpa, susu, telur dan mentega. Kekurangannya boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan perut serta menjadi lemah .

3.8         Vitamin E pula boleh didapati daripada gandum, kekacang, sayuran berdaun, bijiran dan hati haiwan.Vitamin E penting supaya otot-otot boleh berfungsi dengan berkesan  selain menjadikan bulu dan rambut menjadi hitam dan berseri.

3.9         Vitamin K pula boleh didapati dari daripada sayur-sayuran berdaun hijau, telur, kaca soya, minyak soya, minyak limpa ikan dan bunga kubis. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan darah sukar membeku apabila luka atau kemalangan.

3.10      Garam Mineral juga perlu kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Di antaranya termasuklah:

·         Kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan gigi supaya kuat dan sihat. Susu, ikan bilis, ketam dan kulit udang  dapat membekalkan kalsium kepada tubuh badan.
·         Fosforus pula boleh didapati daripada kismis, telur, ikan, kuaci dan daging.
·         Kalium pula membolehkan otot kanak-kanak berfungsi disamping membantu pertumbuhan saraf..
·         Kalium boleh didapati dari buah-buahan seperti belimbing, pisang, oren dan sayur-sayuran berdaun.
·         Natrium pula penting bagi membantu pengawalan imbangan cecair di dalam badan. Di antara makanan yang boleh memberikan rasa masin ini ialah kicap, makanan berjeruk semulajadi, garam dan perasa.
·         Besi pula penting di dalam pembentukan hemoglobin yang memproses oksigen di dalam darah. Makanan seperti telur, kismis, daging ayam , hati, ikan dan kacang tanah kaya dengan sumber besi.

·         Iodan pula penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang normal disamping mengekalkan rambut, kuku dan gigi sihat dan kuat










No comments:

Post a Comment