Friday 13 July 2012

Pelaksanaan belajar Menerusi Bermain


CIRI-CIRI PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

        
     bahan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah
     konkrit, benar dan bermakna
     memudahkan murid ingat kembali dan pengalaman bermakna
     menggalakkan komunikasi
     merangsang imaginasi dan kreativiti
     menggembirakan murid dalam menjalani proses pembelajaran

     PELAKSANAAN PENDEKATAN MAIN SAMBIL BELAJAR:

      
     guru perlu tentukan hasil pembelajaran
     bahan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah
     bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan
     bahan yang digunakan menggalakkan komunikasi dan imaginasi
     menarik minat dan menggembirakan

KESAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
     Melalui pendekatan ini kanak-kanak dapat: pengukuhan kemahiran dan konsep pembelajaran dari yang umum ke spesifik dan konkrit ke abstrak
     mengukuhkan perkembangan fizikal (motor kasar dan motor kalus)
     penguasan kemahiran manipulatif
     menguasai daya reka cipta secara konstruktif
     melahirkan dan menyatakan perasaan mereka.


PENGELOLAAN AKTIVITI BERMAIN

1.  Beberapa aktiviti hendaklah dijalankan serentak oleh beberapa kumpulan kanak-kanak     
    (5 - 6 orang dalam satu kumpulan) di setiap sudut.
     Contoh:  Main Pondok-pondok ,  Main membina,  Lakonan

 2.  Guru perlu merancangkan pelbagai aktiviti yang teratur.  Peranan guru ialah menyelaras,
      memerhati, memberi galakan dan membantu kanak-kanak apabila diperlukan.

3.   Kanak-kanak diberikan peluang untuk memilih aktiviti yang mereka suka.

4.   Perlu ada perseimbangan antara kawalan dan bimbingan guru semasa kanak-kanak
      melakukan aktiviti bermain supaya mereka berpeluang melahirkan perasaan.

5.  Ibu bapa juga boleh dilibatkan sama di mana-mana situasi yang difikirkan perlu.

6.  Dalam aktiviti bermain inilah guru menyepadukan dan menggabungjalinkan konsep-konsep dan
     kemahiran yang dititikberatkan dalam komponen kurikulum dan bidang-bidang pengalaman
     Awal Sains, Awal Nombor, Awal bacaan, Kesihatan,  kemahiran berfikir dan sebagainya.

7.   Melalui aktiviti bermain ini kanak-kanak perlu diasuh untuk bertanggungjawab dan menyayangi
      perkakas mainan dengan mengemaskan perkakas dan memulangkan semula ke tempat asal
      selepas mereka menggunakannya.  Mereka juga diasuh untuk menghormati hak orang lain dan
      memberi peluang kepada kanak-kanak lain mengambil giliran masing-masing.


GARIS PANDUAN GURU SEBAGAI PEMUDAHCARA
SEMASA KANAK-KANAK BERMAIN

Antara peranan guru ialah:

     Membimbing kanak-kanak tetapi tidak mengarah atau mendominasi permainan sehingga turut serta dalam permainan itu.
     Mengembangkan cetusan idea dan pemikiran kanak-kanak dan bukan memberikan komen atau pandangan terhadap idea mereka.
     Tunjuk cara bermain jika perlu. Tunjukkan bagaimana aksi sesuatu watak. Modelkan cara menyelesaikan masalah.
     Bertanya soalan, kenal pasti dengan kanak-kanak apa yang berlaku.
     Bantu murid memulakan, menamatkan atau memulakan semula sesuatu aktiviti. Berikan isyarat atau cue untuk diikuti atau meneruskansesuatu idea.
     Fokuskan tumpuan kanak-kanak dan galakkan berinteraksi sesama mereka.
     Jelaskan sesuatu tingkah laku kanak-kanak dan bantu mereka meluahkan perasaan jika mengalami sesuatu konflik.
     Perluaskan potensi main dengan mengeluarkan penyataan atau bertanya supaya menggalakkan mereka mencuba dan meneroka.




No comments:

Post a Comment