Friday 13 July 2012

Kajian Keberkesanan Sekolah


KONTEKS DALAM KAJIAN KEBERKESANAN SEKOLAH

            Konteks merupakan isu-isu yang memberi kesan kepada Kajian Keberkesanan sekolah. Terdapat berbagai definasi konteks yang berkaitan dengan Kajian Keberkesanan Sekolah atau School Efectiveness (SER) yang diberi oleh penyelidik dari United Kingdom dan Amarika Syarikat
             Slater dan Teddlie (1992), konteks dilihat sebagai interaksi antara dua atau lebih elemen atau peringkat iaitu pengurusan dan kepimpinan pada peringkat sekolah, kesediaan pelajar untuk pelajar (faculty preparedness) pada peringkat kelas, dan tahap keupayaan (kaedah membuat  keputusan), peringkat gred atau tahap persekolahan iaitu umur pelajar dan program kurikulum  .
            Vharles Teddlie, Samstringfield dan David Reynolds (200) memberikan definasi seperti berikut: “Definasi konteks dalam kajian keberkesanan sekolah merujuk kepada berbagai kesan (pencapaian ) yang berlainan hasil daripada variable seperti : SES (status sosiaekonomi pelajar  iaitu sama ada sederhana atau rendah), jenis komuniti (Bandar atau luar Bandar), gred/fasa sekolah (umur pelajar dan kurikulum), struktur pentadbiran  (sekolah awam atau sekolah swasta, sekolah gereja dan pengaruh lembaga sekolah) sebagai ciri sintifik kajian keberkesanan sekolah dan menentukan proses pembangunan sekolah
                      Contoh Kajian Keberkesanan Sekolah di Malaysia
Kajian ringkas  keberkesanan  sekolah di Sek Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan oleh Chee Siew Lan dan Grece Ho Mei Lin.Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan sekolah antara sekola kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Berpandukan Model Mortmore, cirri-ciri sekolah berkesan dikenal pasti.Kajia ini dapat mensyorkan beberapa cadangan yang praktikal bagitujuan pemanbahbaikan keberkesanan sekolah
Kajian yang dilakukan oleh Abul Karim (1988) Kajian Sekolah Menengah Luar Bandar Yang Berkesan dan Tidak Berkesan di Malaysia . Fokus kajia ialah Ialah Sekolah Menengah Luar Bandar  Yang Berkesan dan tidak berkesan, menggunakan kaedah kajian temubual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Dapatan kajian menyatakan terdapat 12 ciri yang membezakan sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan iaitu kemahiran kepimpinan pengetua, persepsi pengetua terhadap peranan mereka,pegalaman pengetua, bilangan strategi yang digunakan untuk menjayakan sekolah, peglibatan ibu bapa, jangkaa guru terhdap pelajar, perasaan guru terhadap e sekolah, disiplin kendiri pelajar, peggunaan sember yang cekap  dan berkesan, peesepsi guru terhadap laporan dan arahan kerajaan dan rasa kepuasan guru terhadap pelajar.




No comments:

Post a Comment