Friday 13 July 2012

Belajar Sambil Bermain


PENGENALAN:

                 Bermain menjadi fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Oleh itu pendidikan prasekolah menekankan pendekatan “belajar melalui bermain” kerana melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara
langsung dan natural.

             Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau dan rasa akan teransang dan memberi satu pengalaman pembelajaran secara tidak langsung. Pengalaman ini memberikan pegalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina.

          Penekanan kepada pendekatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran  tu menggembirakan dan kanak-kanak merasa seronok untuk belajar. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif  dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum.

PANDANGAN TOKOH TENTANG MAIN:


FROEBEL: bermain adalah suatu keadaan semula jadi yang membantu kanak-kanak belajar dan berkembang.

MONTESSORI: Permainan adalah seperti pekerjaan kepada kanak. permainan memberi peluang kanak-kanak meneroka dan mencuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka menemui pengetahuan yang baru.
Aktiviti bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka

VYGOTSKY: Permainan pilihan kanak-kanak sendiri yang disokong oleh seorang guru atau orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi

IMAM AL-GHAZALI: Bermain mengembangkan sifat semula jadi kanak-kanak, menyuburkan tubuh, menguatkan otot, mendatangkan kegembiraan dan kerehatan selepas penat belajar.


KONSEP BERMAIN


           Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan konsep “belajar melalui bermain” perlulah:
    i.  sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang kepada murid melahirkan perasaan

   ii.  dapat murid meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan kemahiran

iii.   murid berpeluang memberi tumpuan dan perhatian
iv.  membantu murid mengembangkan pertumbuhan dari segi kognitif dan psikomotor
v.   bebas, terancang dan selamat
vi.  peluang mencuba idea sendiri;


TUJUAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

            Apabila kanak-kanak belajar melalui bermain sewajarnya mereka memperoleh perkembangan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek fizikal, sosial, emosi, kognitif dan bahasa. Melalui pendekatan belajar melalui bermain kanak-kanak boleh:
-         mempelajari sesuatu konsep;
-         meningkatkan keupayaan kognitif;
-         meningkatkan penerokaan untuk memenuhi perasaan ingin tahu;
-         memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif;
-         membantu menyelesaikan masalah;
-         membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa;
-         membina kemahiran fizikal serta meningkatkan motor halus dan motor kasar;
-         mempelajari dunia keliling mereka;
-         mengamalkan proses pembelajaran bahasa dan literasi
-         membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan;
-         membina konsep kendiri yang positif;
-         memupuk sikap bertanggungjawab kepada kehidupan dewasa kelak

Aktiviti belajar melalui bermain dapat meningkatkan dan menyokong proses pembelajaran dan peluang untuk kanak-kanak berjaya dalam kelas dan kehidupan hari depan mereka.


JENIS-JENIS MAIN

            
              Sebagai guru prasekolah, kita harus tahu pelbagai jenis permainan . Ini memudahkan kita memilih,  merancang dan menyediakan bahan yang bersesuai dengan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP) . Dengan itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan hasil pembelajaran dapat dicapai seperti yang diharapkan.

              Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan pendekatan dalam melaksanakan kurikulum prasekolah. Di antaranya ialah:

-         Main Sosial (Sosial Play)
-         Main Kognitif (Cognitif Play)
-         Main Bebas (Informal Play)
-         Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play)
-         Permainan Luar (Outdoor Play)

MAIN SOSIAL
(SOSIAL PLAY)

Main sosial belaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Terdapat beberapa jenis main social seperti:

-  main ‘ occupied ’
   kanak-kanak tersebut tidak bermain apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun. Dia
         hanya berdiri atau duduk tanpa berbuat apa-apa.


-  main ‘ solitary ’
   kanak-kanak tersebut bermain seorang diri. Tanpa menghiraukan rakan atau keadaan 
   sekeliling.

-  main ‘ onlooker
   kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat dengan
   permainan orang lain.

-  main ‘parallel
   kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang
   sama dengan rakannya.

-  main ‘ associative
   kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan,
   tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.

-  main ‘cooperatif ’
   kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.



FAEDAH MAIN SOSIAL
                  Main sosial mempunyai banyak faedah kepada kanak-kanak, di antaranya ialah:
 
-         memberi ruang dan peluang bagi kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan mempelajari banyak kemahiran sosial seperti bertolak ansur, menyelesaikan masalah, bekerjasama dan memupuk semangat kepimpinan antara mereka.
-         Memberi peluang kepada kanak-kanak memupuk  dan membina kemahiran  interpersonal dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
-         Membantu kanak-kanak belajar mengawal emosi supaya mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh berbuat sesuatu dengan sesuka hati.
-         Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti perpaduan , sikap prihatin dan penyayang.
-         Menggalakkan interaksi dan kemahiran sosial yang penting dalam kehidupan masa depan kanak-kanak dan mengelakkan kanak-kanak bersikap pasif dan menyisihkan diri.


MAIN KOGNITIF (COGNITIF PLAY)

           Dalam permainan berbentuk kognitif kanak-kanak mengalami proses berfikir untuk membuat keputusan dan menentukan matlamat. Mereka terlibat secara aktif dalam ativiti pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud atau mengaplikasikan peraturan

J. Piaget mengkategorikan main kognitif kepada empat iaitu:

-     main berfungsi (Functional Play)
-         main simbolik
-         main ‘games and rules’
-         main konstruktif (Constructive Play)
MAIN BERFUNGSI  DAN MAIN SIMBOLIK

             Permainan jenis ini sering dimainkan oleh kanak-kanak dalam peringkat umur 2-3 tahun,
iaitu dalam tempoh sensorimotor sebagai gerak balas kepada aktiviti otot.

          Main simbolik memberi peluang kepada kanak-kanak berlatih secara fizikal semasa meneroka persekitaranya dan ia mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan imitasi (ajukan). ( eg. kanak-kanak suka bermain naik-turun tangga dan akan mencubanya
berulang kali sehingga berjaya).

             Kanak-kanak pada peringkat ini gemar dan gembira apabila dapat membuat pergerakan dan sebutan yang berulang.

            Main berfungsi dan main simbolik memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal, dan kesedaran sosial  dengan berpura-pura menjadi satu objek kepada objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama, makanan, ibu atau sekuntum bunga,

MAIN ‘GAMES AND RULES’

         Dalam main ‘Games and Rules’ kanak-kanak belajar bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka semasa bermain adalah dalam had  atau peraturan permainan tersebut
 
MAIN KONSTRUKTIF (CONSTRUCTIVE PLAY)

             Main konstruktif adalah berasaskan kepada main simbolik dan mewakili adaptasi kanak-kanak kepada masalah  dan tingkah laku kreatif.
 
Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan mereka untuk mengenali dunia mereka.

             Pada mulanya mereka menggunakan bahan atau alatan mainan dan digunakan untuk mewujudkan  atau membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan dan kedai.
Misalnya,mereka membina dengan menggunakan bongkah atau bermain doh.

MAIN BEBAS
(INFORMAL PLAY)

            Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan, tidak formal dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi dengan rakan sebaya, orang dewasa dan bahan yang disediakan.

MAIN SOSIODRAMA (SOCIO-DRAMATIC PLAY)

               Main dramatik atau sosiodrama memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang luas meliputi keluarga, masyarakat dan warisan budaya.

Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik.
Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik atau fantasi kepada kanak-kanak tersebut

PERMAINAN LUAR (OUTDOOR PLAY)

Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan terkawal. Pusat parasekolah perlu menyediakan alat permainan luar yang sesuai seperti  bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang jongkit, buaian, rangka memanjat, dan gelunsur untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan.
Semasa bermain dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa konsep seperti imbangan, berat dan ringan, tinggi dan rendah, tarikan gravity, ayunan serta konsep banyak dan sedikit.
Penerapan nilai murni berlaku, seperti bersabar, mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati.
Aktiviti permainan luar melibatkan perkembangan motor halus dan motor kasar, koordinasi tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial  dan kreativiti


CIRI-CIRI PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
        
-         bahan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah
-         konkrit, benar dan bermakna
-         memudahkan murid ingat kembali dan pengalaman bermakna
-         menggalakkan komunikasi
-         merangsang imaginasi dan kreativiti
menggembirakan murid dalam menjalani proses pembelajaran

1 comment:

  1. Top 5 casino slots for December 2021 - JTM Hub
    It has three games: the slots, roulette and blackjack, which also have an excellent 경상남도 출장안마 RTP of 96.71%. 평택 출장마사지 These include slots 1xbet korean like 통영 출장마사지 slots such as the 군포 출장샵 Megaways Slot

    ReplyDelete