PROGRAM TRANSISI KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Konsep:
·
Transisi
merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu
keadaan yang lain.
·
Transisi
kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)
·
Transisi
rumah ke prasekolah adalah bertujuan
untuk membantu kanak-kanak
menghadapi
perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan
yang tidak formal dari
keluarga ke tadika atau
prasekolah.
·
Transisi
prasekolah ke Tahun Satu adalah bertujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan di dalam keadaan
transisi dari prasekolah dengan pendidikan yang tidak formal ke pendidikan
formal di Tahun Satu di sekolah
rendah.
Tujuan Program Transisi:
·
Kanak-kanak
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta
pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
·
Guru-guru
dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
·
Meningkatkan
minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
·
Memperolehi
pengentahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam sukatan Tahun Satu.
·
Mencapai
tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran dan
pembelajaran.
·
Menangani
perbezaan kanak-kanak yang masuk ke Tahun Satu dalam aspek kognitif, efektif
dan psaikomotor serta latar belakang pengalaman.
·
Melicinkan
perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah.
·
Mewujudkan
keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan anak-anak
mereka.
Peranan Guru Prasekolah
Dalam Merancang Program Transisi Kepada Kanak-Kanak
·
Membuat
lawatan ke sekolah yang akan menerima kanak-kanak ke Tahun Satu.
·
Menyediakan
Kanak-kanak dengan suasana di Tahun Satu.
·
Bekerjasama
atau berbincang dengan guru Tahun Satu.
·
Mengetahui
sukatan pelajaran Tahun Satu
·
Menyediakan
profil setiap kanak-kanak.
·
Mendedahkan
kepada kanak-kanak dengan suasana persekitaran Tahun Satu.
Peranan Guru Tahun Satu
Dalam Program Transisi
·
Memahami
serta menghayati program
·
Melaksanakan
program transisi
·
Meneruskan
amalan budaya dan nilai murni
·
Merujuk
guru bimbingan dan kaunseling sekiranya menghadapi kanak-kanak mempunyai
masalah tingkahlaku.
·
Mengetahui
latar belakang pencapaian dan
perkembangan kanak-kanak.
·
Menyediakan
persekitaran yang sesuai dan menarik kanak-kanak.
·
Bersedia
untuk menerapkan nilai-nilai kasih sayang
·
Berupaya
untuk memahami tingkahlaku kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment